Kacang Sira Marvellous

Pembuatan Baja Kompos

Baja Kompos

Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien.

Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar dengan lebih sihat dan lebih cantik TANPA bahan kimia! Petani tradisional dan pemilik ladang moden di Malaysia tahu menghargai kebaikan baja kompos untuk mengkayakan tanah dan mengurangkan bahan buangan. Humus juga boleh membantu membaikpulih tanah di kawasan-kawasan seperti bekas kuari.

Hampir apa sahaja bahan organik boleh dijadikan baja kompos. Bahan-bahan yang boleh dijadikan baja kompos termasuklah bahan yang kaya dengan nitrogen dan karbon, rumput, sayur-sayuran, kulit buah-buahan, daun kering, topi mengkuang, kulit telur, beg kertas, kertas atau karbod, daun teh, serpihan kayu, tulang-tulang kecil, serbuk kopi, serbuk papan, najis haiwan (lembu, ayam,lembu,KAMBING,kuda, arnab), sisa meja makan (nasi, roti) dan sebagainya.

Alam semulajadi memproses baja kompos setiap masa – apabila daun gugur ke tanah, apabila haiwan membuang najis mereka, dan apabila semua makhluk mati. Alam mempunyai komuniti khas yang membantu memecahkan bahan-bahan ini dan menukarnya kepada nutrien yang berguna kepada semua tumbuh-tumbuhan. Komuniti ini dikenali sebagai komuniti detritus, dan ia termasuklah bakteria, kulat dan cacing. Proses penghasilan baja kompos hanya memerlukan beberapa elemen asas: bahan organik, organisma tanah, air, oksigen dan haba. Sisa organik seperti daun, sayur-sayuran dan kulit buah-buahan, daun teh, serbuk kopi dan kertas tisu semuanya boleh dijadikan baja kompos.

Rumput yang telah dipotong adalah bahan terbaik untuk dibuat baja kompos dan ia juga mereput dengan cepat. Sisa organik lain seperti kulit telur, kulit manggis dan bahan organik keras yang lain akan mengambil masa yang lebih untuk mereput.

Organisma tanah juga penting dalam pembuatan baja. Kebanyakan komuniti akan “muncul” perlahan-lahan apabila anda mula melonggokkan bahan ini di tanah

Adakah Pembuatan Baja Kompos Menguntungkan..??

Persoalannya adakah membuatan baja kompos ini menguntungkan para penternak atau pengusaha baja kompos sendiri?Jawapan memang ya!sebenarnya kos untuk membuat baja kompos satu tan hanya sekitar RM200 tetapi boleh dijual kepada pemborong dengan harga sekitar RM800. Bayangkan jika itu di jual kepada pemborong,bagaimana menjualnya terus kepada pengguna yang membeli secara kecil-kecilan di mana membeli dengan harga 1 kg RM2.00.Ia akan menyebabkan kita beroleh keuntungan dengan modal hanya berlandaskan 1 tan/1000 kg baja kompos bermodalkan RM200 dan boleh menjana keuntungan sebanyak RM2000..WOW!Itulah keuntungan menjual Emas Hitam.

Pembuatan Baja Kompos

Industri baja organik pada masa kini amat berkembang pesat di sebabkan kerajaan menggalakkan para usahawan menceburi sektor pertanian.Bagi penternak kecil-kecilan boleh juga menggunakan sisa ladang mereka yang ada untuk di jadikan pendapatan sampingan dengan menjadikan sisa ladang sebagai baja kompos di samping dapat mengamalkan konsep sifar sisa dalam ladang.Di sini saya cuba penerangkan proses pembuatan baja kompos secara menual ataua secara kecil-kecilan.Pada asasnya caranya sama juga pada peringkat komersial tetapi di peringkat itu banyak menggunakan teknologi moden dan jentera.

Proses yang saya paparkan ini adalah hanya menggunakan satu tan tinja kambing/lembu bersamaan 1000 kg.

Keperluan Asas

1.Tinja Lembu / Kambing
2.Bangsal
- berbumbung penuh (mengindari dari sinar matahari secara langsung)
-dinding bangsal daripada batu setinggi 2 kaki dari lantai (supaya tidak basah terkena air hujan)
-lantai tidak bersimen
3.Skop/Penyodok/Cangkul

Bahan-bahan

1.Tinja / kotoran ternakan - 83%
2.Abu ( dari bahan bakar ) - 10%
3.Abuk Kayu Gergaji - 5 %
4.Kapor - 2%
5.STAR DEC - 0.25%

Proses Membuat Baja Kompos

1.Pengumpulan Tinja/ kotoran ternakan
2.Pengkomposan

1.Pengumpulan Tinja/ kotoran ternakan

Tinja kambing/lembu ini di ambil daripada kandang dan di kumpulkan di sebuah bangsal untuk dijadikan baja kompos.Kebiasaannya untuk mendapatkan kuantiti tinja yang banyak mestilah dibiarkan beberapa minggu/bulan untuk mengumpul tinja tersebut berdasarkan kuantiti ternakan yang ada.Bagi penternak yang baru mula menjinakkan diri dalam bidang ini,kuantiti tinja dan lain-lain bahan mestilah di sukat dengan kuantiti yang betul supaya peratusan adunan dapat dilakukan dengan tepat.

2.Pengkomposan

Dalam memproses pengkomposan baja kompos ini terdapat 6 langkah iaitu :

Langkah 1
Pengkomposan baja bermula dengan mengadunkan bahan-bahan seperti tinja

Langkah 2
Kemudian perlulah menaburi STAR DEC pada tinja tersebut dengan peratusan 0.25% sahaja

Langkah 3
Seterusnya ditaburi pula Abu ( dari bahan bakar ) pada tinja yang telah ditaburi STARDEC dengan peratusan 10% daripada kauntiti tinja tersebut.

Langkah 4
Langkah seterusnya adalah memasukkan Abuk Kayu Gergaji dengan peratusan 5 % sahaja.

Langkah 5
Akhir sekali,hendaklah diadunkan dengan Kapor dengan peratusan sebanyak 2%

Langkah 6
Setelah semua bahan diadunkan dan digaul sama rata,adunan tinja tersebut hendaklah disusun/ditimbun berlapis-lapis sehingga ketinggian lebih kurang 1.5 meter.Timbunan tersebut hendaklah dibiarkan timbunan selama seminggu dan dilakukan pembalikan dengan setiap 7 hari dengan 4 kali pembalikkan.

Maklumat Tambahan

Semasa pembalikan dilakukan pastikan keadaan kelembapan sekitar 60%.Secara manualnya kita boleh memegang timbunan tersebut untuk merasai kelembapannya dengan tangan sahaja.Jika terlalu kering hendaklah direnjiskan air.

Ciri-ciri Baja Kompos Yang Baik

1.Suhu dingin secara alami (35°c)
2.Warna Coklat kehitaman
3. Sudah tidak berbau
4.Kadar air lebih kurang 40%