Kacang Sira Marvellous

Baka Jamnapari

Kambing Baka Jamnapari berasal dari kawasan Sungai Jamuna di daerah Etawah, dalam negeri Uttar Pradesh, India. Baka kambing ini adalah di antara baka kambing terbesar di India ( jantan berat badan 44kg dan betina 36kg ) dan sangat tahan lasak serta bersifat dwi-fungsi dipelihara untuk bekalan daging dan susu. Jamnapari juga di ketahui seluruh dunia dalam fungsinya meningkatkan dan memperbaiki kualiti kambing keturunannya seperti kambing Anglo Nubian dan Damascus.

Di Malaysia, kambing telinga panjang ini pernah popular sekitar tahun 70an, dan baka nya di bawa daripada India. Namun populasinya semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke bandar dan kurangnya minat generasi baru dalam bidang penternakan. Di Indonesia baka ini di panggil kambing Etawah dan mula diperkenalkan oleh pihak Belanda untuk memperkayakan kawasan lembah di Indonesia. Pada tahun 1975 import baka induk di bawa masuk ke Indonesia, di biak dan di edar secara meluas kepada penternak hingga populasi kambing baka ini kini mencecah jutaan ekor dan populasi terbanyaknya berada di kepulauan Jawa.
Berbiak Kembang Dengan Pintas
Penggunaan baka ruminan kecil seperti kambing Jamnapari ini memberi kelebihan kepada penternak disebabkan tubuh relatifnya yang kecil berbanding ruminan yang lain dan kadar cepat mencapai dewasa kelamin. Kadar reproduksinya adalah efisien di mana ia mampu beranak tiga kali dalam jangkamasa dua tahun dengan kadar purata dua ekor anak atau lebih setiap kali beranak.
Bertumbuh Secara Baik Di Negara-negara Tropikal
Jamnapari berasal daripada negara India dan Pakistan, diimpot ke Indonesia dan berkembang biak secara baik dan pantas. Jamnapari mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit. Oleh itu penjagaan keseluruhan kambing Jamnapari ini adalah mudah. Ianya memiliki daya adaptasi yang tinggi terhadap persekitaran di sebabkan secara semulajadinya ianya di ternak di kawasan beriklim khatulistiwa dan mempunyai cuaca yang seakan sama dengan di Malaysia
Penternakan Jamnapari

Kambing Jamnapari mempunyai daya pembiakkan yang baik. Melalui pemakanan yang berzat, ianya dapat memenuhi keperluan pemakanan yang sempurna dan menjamin kesihatan ternakan. Kambing Jamnapari diberi makanan dua kali sehari, konsentrat dan daun-daun. Selain itu juga keperluan seperti air dan kandang adalah penting bagi menjamin kesempurnaan ternakan.
Jamnapari sesuai dipelihara samaada dengan sistem lepas mahupun sistem feedlot. Dalam sistem feedlot, kandang di gunakan. Bagi penternakan berskala besar, kandang kayu bertiang konkrit di gunakan bagi menjamin keutuhan kandang. Kebersihan kandang merupakan faktor utama untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Lantai kandang perlu di sapu setiap hari dan adalah penting menjamin kandang sentiasa kering.
Pembiakan Jamnapari
Kambing jantan dan betina perlu dijaga dengan baik bagi menjamin kualiti pembiakan. Kambing-kambing jantan sebaiknya perlu di asingkan bagi pengurusan ternakan yang baik. Ini adalah baik dalam mengelakkan perkahwinan sekeluarga atau 'inbreeding' berlaku yang dapat menjejaskan kualiti kambing. Makanan yang berkhasiat dan tinggi protein adalah baik bagi kambing jantan dalam menjaga kualiti sperma.

Kambing betina pembiak adalah penting dalam menambahkan bilangan ternakan. Kambing betina pembiak Jamnapari mula berkahwin sebaiknya seawal umur 12 bulan dan berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam suatu masa. Kambing Jamnapari merupakan kambing yang baik untuk di biakkan. Selain kesesuaian dengan iklim di Malaysia, kambing Jamnapari juga tahan lasak daripada penyakit.
Anak kambing diasingkan daripada ibu kambing 2-3 bulan selepas dilahirkan. Pengasingan ini merangsang anak untuk makan makanan kental seperti konsentrat dan daun-daun serta membolehkan anak kambing cepat membesar. Di samping itu juga ianya memulakan kitaran haid ternakan, mempercepatkan proses pengeluaran ovum yang merangsang ibu kambing miang.