Kacang Sira Marvellous

Pelan Kandang Kambing

Salam sejahtera semua.

* sekiranya anda ingin membuat tempahan kambing daripada kami sila e-mailkan tempahan anda ke sdigroup@yahoo.com. Hantarkan nama , nombor telefon dan jenis kambing yang anda perlukan. Terima kasih.


Pembinaan Kandang

Adalah di cadangkan bagi penternakan kambing secara komersil, di bina kandang kambing yang berukuran 100 kaki x 40 kaki dengan ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki daripada paras tanah yang dapat menampung bilangan kambing dalam lingkungan 250 ekor dan bagi kandang penternakan biasa adalah bergantung dengan jumlah bilangan ternakan yang kecil.

Luas sesuai untuk kambing Jamnapari adalah 1.5m² bagi seekor. Sebagai contoh, dalam pemeliharaan 10 ekor kambing, ianya memerlukan kawasan kandang seluas 15m². Kawasan kandang juga boleh disekat-sekat bagi memisahkan kambing jantan dengan kawanan kambing betina, dan kambing yang sihat dengan kambing yang sakit atau bunting. Ini lebih memudahkan pengurusan ternakan dan pengawasan yang di jalankan.

Pelan pembinaan kandang ( 40'x 100' )