Kacang Sira Marvellous

Rumput Napier

Rumput Gajah / Napier Pennisetum purpureum

p/s : Terima kasih kepada anda yang memberikan sokongan kepada kami selama ini. Kepada yang ingin membuat tempahan sila e-mailkan tempahan anda ke sdigroup@yahoo.com.

Penanaman Rumput Napier Secara Tampang

Mengunakan keratan batang, jalaran/stolon atau mengunakan anak. Cara ini biasa dilakukan ke atas pastura yang tidak berbunga atau berbunga tetapi biji yang dikeluarkan tidak boleh bercambah.

Menanam rumput napier/gajah (Pennisetum pupureum) biasanya mengunakan keratan batang,
batang yang digunakan mestilah cukup tua. Keratan-keratan ini juga dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan ditanam sebeberapa segera selepas diambil.

Ada beberapa cara menanam mengunakan keratan batang:-

1. Menanam secara cucuk
2. Menanam secara baring
3. Menanam tidak mengunakan baris

Menanam secara cucuk

Batang-batang napier dikerat anggaran 3-5 ruas/buku, 3/4 daripada panjang keratan tadi dicucuk kedalam tanah dengan menyerong 45ยบ condong, jarak tanaman pula ialah 30 sm. X 50-60 sm.

Menanam secara baring

Batang napier biasanya panjang, keratan-keratan dibaringkan mengikut baris dan dikambusdengan kemas sedalam 6-10 sm. Jarak antara baris pula ialah 60 sm.

Menanam tidak mengikut baris

Keratan napier yang pendek atau lain-lain jenis pastura (contoh: Brachiaria decumben) ditabur rata-rata diatas pemukaan tanah yang telah siap disediakan, kemudian dengan mengunakan pencakar atau "rotary tiller" yang dijalankan dengan trektor, lalu dikawasan tersebut secara teratur.

Kebaikan cara ini;

a) Sesuai untuk kawasan yang luas
b) Cara termudah, menjimatkan masa

Keburukanya

a) Pertumbuhan tidak teratur
b) Sebahagian akan mati kerana tidak semua keratan tertimbus.

Menuai dan memotong rumput.

Pemotong Pertama

Waktu pemotongan pertama bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis dan kesuburan pastura. Pemotongan yang terlalu awal akan merosakan rumput kerana sistem akar rumput tersebut belum cukup kukuh. Secara umum ianya boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga atau terdapat beberapa rumpun yang telah mula mengeluarkan bunga dalam kumpulan tersebut

Pemotongan seterusnya

Kadar pertumbuhan semula (selepas dipotong) adalah lebeh cepat mencapai takat optima berbanding dengan rumput yang baru ditanam. Pembungaan adalah penunjuk yang baik untuk menentukan masa pemotongan/ragutan. Melalui kajian dan pengalaman, berikut adalah jangka masa rehat atau jangka waktu diantara setiap pemotongan atau ragutan beberapa jenis pastura/foder yang dianggap sesuai untuk diamalkan bagi memudahkan pengurusan:-

Pastura/foder Jangkaan masa rehat (minggu)
RumputNapier 5 - 6
Rumput Para 3 - 4
Rumput Kuda/Guinea 4 - 5
Rumput Signal 4 - 5
Rumput Setaria 4 - 5