Pengurusan Ternakan Baru Lahir

Salam Sejahtera...

p/s : Terima kasih kepada anda yang memberikan sokongan kepada kami selama ini. Kepada yang ingin membuat tempahan sila e-mailkan tempahan anda ke sdigroup@yahoo.com.



Ternakan yang baru lahir perlu mendapat kolostrum (susu awal) dalam tempoh 24 jam. Kolostrum perlu diberikan dalam tempoh 15 minit kelahiran, bagi mengerak mula sistem penghadaman serta membantu mencegah berbagai penyakit. Susu awal ini mengandungi antibodi yang diperlukan oleh anak yang baru lahir untuk melawan berbagai jenis penyakit.

Perlu ditekankan disini ibu yang melahir anak pertama perlu mendapat perhatian yang lebih dari anda yang menguruskan ternakan kerana ibu ini masih tidak pandai menyusu dan menguruskan anaknya.Dalam keadaan ini anda perlu memerahkan susu kolostrum dan memberikan anak susu tersebut dengan mengunakan syringe dan tiub.Dalam proses ini pastikan kebersihan diambil kira.

Sebagai usaha merapatkan hubungan (bonding) ibu dengan anaknya , biasakan kedua ternakan ini dikurung bersama didalam satu magic box.Ini juga bagi mengelakkan anak daripada dianiaya oleh ternakan lain dari kumpulan yang sama.lingkungan kotak ini dialas dengan guni , supaya kaki anak tidak tersepit dicelah lantai dan boleh menyebabkan kecederaan dan patah.