Kacang Sira Marvellous

Perbezaan antara biri-biri dan kambing

Antara Kambing Dan Biri-biri

           Percahaya kah anda masih ramai rakyat Malaysia yang masih lagi tidak dapat membezakan mana satu Kah Kambing Dan Mana satu Kah biri-biri atau Beberi. Ada setengah tu mengatakan bebiri tu Lah Kambing. Walaupun kedua-duanya disebut kambing namun kedua-duanya adalah berbeza dari segala sudut. Apatah lagi daging yang dihasilkan turut mempunyai perbezaan yang ketara. Dari segi saintifik, bebiri tergolong di dalam keluaraga Ovis Aries manakala kambing pula tergolong di dalam keluarga Capra Hircus. Masing-masing merupakan spesis yang berbeza.Bebiri mempunyai 54 kromosom manakala kambing pula mempunyai 60 kromosom. Namun begitu walaupun kedua-duanya tergolong dari spesis yang berlainan namun ia masih boleh dikahwinkan. Walau bagaimana pun jarang sekali hybrid kambing-bebiri yang dihasilkan mempunyai tahap kesuburan yang tinggi. ......

         Kambing (goat) dan biri-biri atau bebiri (sheep) pada dasarnya adalah haiwan ternakan yang berbeza. Kambing adalah kambing dan biri-biri adalah dari jenis kibas. Bentuk fizikal dan genetik (DNA) kedua-dua haiwan ini juga berbeza walaupun rupanya hampir sama. Justeru, kalau makan nasi beriani di kedai jangan sampai kita tertipu. Pada kebiasaannya di kedai "nasi beriani kambing" adalah sebenarnya "nasi beriani bebiri" daripada daging bebiri yang ternyata harganya lebih murah dan banyak lemak serta mempunyai kadar kolesterol yang sangat tinggi berbanding dengan daging kambing seperti Boer yang mempunyai kadar kolesterol yang lebih rendah dari bebiri dan juga ayam. Tetapi harga "nasi beriani kononnya beriani daging kambing" ini harganya sangat mahal sepinggan (mengikut harga daging kambing di pasaran). Bagaimana pula dengan "lamb chop", pernah tak kita memeriksa daging apa yang digunakan oleh restoran-restoran yang menjual makanan barat (western food) ini. Daging kambing atau bebiri yang digunakan.? Kalau "lamb" tentulah ia daging bebiri tetapi kalau daging kambing yang digunakan untuk membuat "lamb chop" tentulah pelanggan bertuah.

       Di Barat, pengusaha restoran tidak suka menipu bahan yang digunakan di dalam masakan mereka dengan menggunakan istilah yang betul berbeza dengan di Malaysia. Berikut merupakan perbezaan fizikal dan tabii kedua-dua haiwan ini secara kasar (sebahagian) dan cara untuk mengenal pasti keduanya:

1. Bebiri suka berkumpulan manakala kambing suka pecah dari kumpulan (bersendirian). Para nabi dan rasul diuji oleh Allah (sebahagian dari ujianNya) menjadi penternak kambing yang sifat semula jadinya suka berpecah dari kumpulannya (seekor dua). Jika lulus ujian Allah ini ternyata ia tidak menjadi masalah kepada para nabi dan rasul untuk memimpin umat manusia yang sikapnya tidak ubah seperti kambing (perumpamaan). Oleh itu, untuk kita menjadi penternak kambing memerlukan tahap kesabaran yang tinggi seperti yang ditunjukan oleh para nabi dan rasul.

2. Bebiri meragut rumput yang berada di bawah (tanah) manakala kambing suka makan pucuk-pucuk pepohon dan dedaun. Walau bagaimanapun kambing juga meragut rumput.

3. Ekor bebiri ke bawah manakala kambing menegak ke atas.

4. Kadar kematangan bebiri lebih cepat berbanding kambing, kambing hanya boleh di buat korban atau akikah setelah umurnya mencapai 2 tahun atau lebih manakala bebiri setahun telah boleh dikorbankan (bebiri jantan).

5. Bulu tidak boleh dijadikan ukuran perbezaan kerana terdapat juga kambing yang mempunyai bulu yang lebat seperti kambing Pygmy atau African Dwarf dan terdapat juga bebiri yang tidak mempunyai bulu yang lebat. Bebiri boleh dikategorikan kepada dua, "Woolsheep" (berbulu panjang) seperti bebiri Dorset dan "Hairsheep" (rerambut) seperti bebiri Barbados, Damara dan sebagainya. Walau bagaimanapun, bulu bebiri keriting dan kusam manakala bulu kambing agak lurus.

6. Komposisi daging kedua-duanya juga berbeza dimana kadar karkas (daging) kambing lebih tinggi berbanding dengan bebiri (lemak lebih banyak). Daging kambing juga mempunyai kandungan protein dan vitamin yang tinggi.

7. Ada beberapa tumbuhan yang menjadi racun (mudharat) kepada bebiri tetapi boleh dimakan oleh kambing dan sebaliknya.

 8. Bebiri dan kambing tidak boleh bersatu (mengawan) kerana mereka adalah spesis yang tidak sama seperti bezanya itik dengan ayam.

 9. Dari segi pengurusan, ianya hampir sama tetapi menternak kambing adalah lebih rumit kerana kambing lebih sensitif kepada persekitaran, makanan dan cuaca. Oleh itu kambing mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi.

 10. Istilah dalam Bahasa Inggeris yang digunakan untuk daging haiwan ini berbeza: - Daging kambing dewasa dikenali sebagai chevon. - Daging anak kambing dikenali sebagai cabrito (~Spanish) atau capretto. - Daging bebiri dewasa dikenali sebagai mutton. - Daging anak bebiri dikenali sebagai lamb.

11. Apabila bebiri betina sampai masa untuk mengawan, sekeliling matanya menjadi cantik disebabkan hormon yang keluar manakala kambing betina mengeluarkan bau di punggungnya (alat pembiakan betina) untuk menarik perhatian pejantan.

12. Di Indonesia, kambing dipanggil sebagai kambing manakala bebiri dipanggil sebagai domba. Istilah "bodoh domba" adalah digunakan untuk memaki orang yang bodoh yang disamakan seperti bebiri tetapi tidak seperti kambing yang dianggap haiwan yang cerdik, manja dan sebagainya. Banyak lagi perbezaan yang boleh dicari dan diperhatikan diantara kedua-dua haiwan ternakan ini. Ternyata mereka adalah haiwan yang sangat berbeza dan pengurusan kedua-duanya juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sifat-sifat ini.

Kelebihan Kambing Jamnapari

Apakah kelebihan kambing Jamnapari berbanding kambing Boer?

Setiap baka kambing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tidak kira baka Jamnapari, Boer, Saanen, Katjang, British Alpine atau yang lain. Namun apa yang perlu di titikberatkan adalah sistem ternak dan pengurusan ternakan yang baik. Seperti yang kita maklum, keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun meningkatkan lagi masalah ternakan lebih kepada jangkitan bakteria, infestasi cacing dan kutu serta jangkitan fungus. Adalah penting bagi mendapatkan baka yang tahan lasak dan dapat mengadaptasi keadaan ini dengan baik ataupun melakukan perkawinan silang dengan baka tempatan bagi meningkatkan daya tahan ternakan terhadap penyakit. Pihak kami lebih memelihara kambing Jamnapari kerana melihat kepada daya tahan dan kelebihannya menyesuaikan diri di dalam suasana kandang.

Apakah umur matang kambing Jamnapari?

Tempoh matang bagi kambing adalah kebiasaannya seawal 7 bulan. Namun pengurusan yang baik adalah perlu bagi memastikan ternakan dikawinkan pada sekitar umur 1 tahun ke atas bagi betina dan 1 1/2 bagi jantan. Ini adalah bagi mengelakkan berlaku komplikasi terhadap ternakan ketika melahirkan anak dan anak yang di perolehi kecil dan tidak sihat.

Apakah makanan yang sesuai untuk kambing Jamnapari?

Makanan yang sesuai adalah sebaiknya berbentuk 70% hijau-hijauan berupa daun-daun (leban, balik angin, mahang, petai belalang, dll.) dan rumput-rumput (napier, guinea, dll.) samada di beri secara terus atau di potong kecil. Melalui pemberian daun dan rumput ianya dapat mengurangkan kos dalam penyediaan makanan. Pemberian dedak adalah hanya sebagai tambahan dan bukan suatu keutamaan, kerana ianya dapat meningkatkan kos penjagaan dan menggangu dalam aliran tunai projek ternakan. Penjagaan terbaik bagi pembaka adalah melalui makanan berupa hijauan, di mana perolehan kandungan serat yang mencukupi. Berapa ekor kambing yang sesuai untuk 1 ekar tanah?Bagi keluasan 1 ekar tanah, untuk sistem lepas ragut ianya hanya dapat menampung 6- 10 ekor / ekar / tahun. Tetapi kapasiti ternakan boleh di tingkatkan sehingga 100 - 200 ekor dengan tanaman rumput " cut and carry "sekiranya sistem intensif di praktikkan. Berapa jumlah maksimum kambing bagi kandang bersaiz 14' x 20'?Kandang seluas 14' x 20' dijangka mampu menampung sekitar 15 - 20 ekor kambing pada sesuatu masa. Berapakah harga sepasang kambing Jamnapari?Kambing betina baka JamnapariRM 1600 ( 40 kg ke atas, 12 - 30 bulan)Kambing jantan baka JamnapariRM 3200 ( 70 kg ke atas, 12 - 30 bulan )

Adakah saya layak untuk menternakan kambing Jamnapari?

Bagi memulakan perniagaan dalam penternakan paling utama adalah mempunyai modal dan kawasan yang sesuai untuk membangunkan kandang. Kandang boleh di bangunkan menggunakan kayu-kayu baru atau lama yang masih baik sekiranya ingin menggurangkan kos. Menetapkan matlamat dan perniagaan apa yang di ceburi dalam ternakan, samaada untuk daging, susu atau baka. Kesemua nya mempunyai potensi, namun pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan perniagaan adalah penting dalam menentukan hala tuju perniagaan. Mengetahui sumber-sumber bagi mendapatkan makanan ternakan dan ubatan. Pemilihan kambing yang mempunyai potensi di lakukan bagi mencapai matlamat. Setiap penternak perlu faham bahawa untuk menjadi penternak yang berjaya penternak harus pandai untuk membeli ternakan, memelihara ternakan dan menjual ternakan.

Berapakah harga anak kambing Jamnapari?

Harga seekor anak kambing Jamnapari berumur 2 bulan dan ke atas adalah RM 600.00 hingga RM 1500.00 bergantung pada saiz dan baka anak kambing itu. Bagaimana dengan bantuan modal?Bagi khidmat nasihat berkaitan modal penternakan, bolehlah tuan berhubung terus dengan agensi kerajaan seperti jabatan haiwan daerah, jabatan pertanian, MARDI, RISDA, Bank Pertanian, Bank Pembangunan Usahawan dan lain-lain agensi yang berkaitan.

Bagaimanakah permintaan pasaran kambing Jamnapari?

Untuk makluman pihak tuan,industri penternakan kini semakin berkembang dengan penyertaan pihak kerajaan dan swasta. Buat masa ini ramai yang menternak untuk membiakkan kambing ini Kami menjangkakan penjualan daging akan lebih pesat dalam 2-3 tahun akan datang selepas pembiakan kambing berjaya. Lebih 92% daging dan ternakan kambing kini diimpot dari luar negera terutamanya daripada Australia dan New Zealand bagi memenuhi keperluan sumber protein dalam negara.Buat masa ini pasarannya tidak mempunyai masalah dan permintaan semakin meningkat untuk kambing baka Jamnapari. Strategi pemasaran yang baik dan mengetahui sasaran pengguna pasaran adalah penting.