SISTEM PENGURUSAN KAMBING

Salam sejahtera semua...

Kali ini kami ingin berkongsi ilmu tentang sistem pengurusan kambing yang ada di negara kita sekarang. Di bawah terdapat empat sistem pengurusan.

* sekiranya anda ingin membuat tempahan kambing daripada kami sila e-mailkan tempahan anda ke sdigroup@yahoo.com. Hantarkan nama , nombor telefon dan jenis kambing yang anda perlukan. Terima kasih.

Sistem Pengurusan

1) SISTEM BERKURUNG (INTENSIF)

•Kambing dikurung 24 jam
•Semua aktiviti dilakukan dalam kandang seperti makan, minum, rawatan kesihatan, Timbang, jualan dan berbagai lagi aktiviti.
•Sistem yang digalakkan, mengelakkan masalah sosial, dan masalah kesihatan ternakan dapat diatasi dengan mudah dan segera.
•Rumput dipotong dan diangkut kekandang (Fodder)
•Rumput yg disyorkan adalah rumput Napier


Kebaikan system Intensif.

•Mengatasi serangan cacing, kutu, dan menjauhi penyakit yang mudah berjangkit.
•Kos ubat yang kurang. Untung yg Lebih
•Mengurangkan risiko dipatuk ular dan ternakan dicuri orang.
•Mengelakkan masalah social kepada penduduk sekitar.



2) SISTEM SEPARUH BERKURUNG (SEMI INTENSIF)

•Ternakan dilepas pada waktu siang dan dikurung pada waktu malam.
•Perlukan 8-10 paddock untuk rotational Grazzing.(Ragutan bergilir)
•Bebanan cacing dan kutu masih ada.
•Ternakan dilepas masa embun kering untuk elak dari cacing.
•Kekadang timbul masalah social
•Sesuai diintegerasikan dgn sawit,getah, kelapa, koko dan dusun.




Kebaikan system semi intensif

1.Najis dan air kencing ternakan menjadi baja pada tumbuhan utama.
2.Megurangkan kos meracun kerana rumput dan rumpai dimakan oleh ternakan.
3.Menambahkan hasil.
4.Penggunaan tanah yang optimum untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.

3 Sistem meragut bebas.

•Ternakan meragut bebas bila-bila masa Sepanjang masa
•Tiada kandang kha sdibina
•Tidak memerlukan belanja yang banyak tetapi tidak digalakkan kerana
Kambing boleh merayau dan merosakkan tanaman, Pengawasan terhadap penyakit juga rumit.


4) Bertambat

•Cara tradisonal. Ternakan ditambat dikawasan sekitar yang ada Rumput.
•Jumlah ternakan yang sikit.
•Dibela untuk kegunaan sendiri.