Korban dan akikah

Korban dan akikah tidak boleh disekalikan.

MELAKSANAKAN ibadah korban dan akikah amat digalakkan oleh Islam kerana fadilatnya cukup besar. Kaedah melaksanakan kedua-dua ibadah ini hampir sama dari segi hukum dan syarat-syaratnya walaupun terdapat beberapa perbezaan.
Menurut Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj, hukum ibadat korban adalah sunat muakkad. Bagi yang bernazar, ia akan menjadi wajib, manakala makruh bagi mereka yang sengaja meninggalkannya sedangkan berkemampuan untuk melaksanakannya.

Namun begitu, ibadah korban adalah wajib ke atas Nabi Muhammad s.a.w. seperti mana yang terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Termizi bermaksud: “Diwajibkan ke atasku melaksanakan ibadah korban namun ia merupakan suatu amalan sunat bagi kamu.”

Akikah menurut Imam al-Syarbini dalam kitabnya, al-Iqnaa ialah binatang yang disembelih pada hari kelahiran bayi dan sewaktu mencukur rambut bayi tersebut. Hukum ibadah akikah adalah sunat muakkad seperti mana ibadah korban.
“Namun, ibadah korban dan akikah akan bertukar menjadi wajib sekiranya seseorang itu bernazar untuk melakukannya. Islam menetapkan keadaan dan masa tertentu bagi memastikan ibadah korban dan akikah dapat dilaksanakan sah di sisi syarak,” jelas pensyarah Fakulti Undang-undang dan Syariah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Wan Abdul Fattah Wan Ismail.

Menurut beliau, terdapat beberapa kekeliruan yang sering timbul antara ibadah korban dan akikah khususnya dalam kes menggabungkan niat korban dan akikah sekali gus. Dalam kitab Tuhfah dan al-Fatawa al-Kubra, Ibn Hajar al-Haitami menyatakan bahawa: “Jika seseorang itu berniat ibadah korban dan akikah ke atas seekor kambing sekali gus maka kedua-duanya dianggap sebagai batal.” Ini kerana korban dan akikah mengandungi makna sunat yang tersendiri.

Ibadah korban bertujuan untuk membersihkan diri mereka daripada melakukan dosa, manakala akikah adalah sebagai tanda menyambut kelahiran bayi.

Selain itu, persoalan yang turut mengelirukan ialah sama ada perlu atau tidak orang yang berkorban menyaksikan sendiri penyembelihan haiwan tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim bermaksud: “Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu.”

Hadis di atas tidak menunjukkan bahawa ia adalah satu kemestian untuk menyaksikan ibadah korban dan akan terbatalnya ibadah tersebut sekiranya tidak berbuat demikian.
“Dengan kata lain, ibadah korban dan akikah boleh dilaksanakan secara berwakil bagi pihak yang ingin melaksanakan korban dan akikah sekalipun mereka tidak ada bersama-sama ditempat ibadah tersebut dilaksanakan,” jelas al-Hakim.

Terdapat banyak kelebihan dalam mengerjakan ibadah korban dan akikah seperti mana yang terkandung dalam surah al-Kauthar, ayat dua bermaksud: “Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”

Dengan melaksanakan ibadah korban juga dapat menangkis jiwa manusia daripada sikap kedekut dan bakhil. Sebaliknya dapat melahirkan perasaan kasih sayang sesama Muslim dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Haj ayat 36: “Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat).
Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.”

Kelebihan mengerjakan ibadah akikah dalam kitab Sabila al-Muhtadin, Imam Ahmad menyebut, anak-anak yang tidak dilaksanakan akikah tidak akan datang pada hari kiamat untuk memohon syafaat bagi kedua ibu bapanya.

Seperti yang diketahui, ibadah korban dan akikah selain memenuhi tuntutan agama ia juga sebagai pemangkin untuk mengembangkan syiar Islam. Ini termaktub dalam matlamat utama ibadah ini dilakukan iaitu untuk membantu fakir miskin dan golongan yang kurang bernasib baik di kalangan umat Islam.

“Tetapi, apa yang dapat dilihat pada hari ini, di sesetengah tempat, ibadah korban dan akikah telah bertukar menjadi adat kerana syariatnya tidak dipenuhi. Daging-daging tidak diagihkan dengan betul dan dimasak seolah-olah kenduri biasa.
“Sebenarnya, begitu ramai pihak yang ingin melakukan ibadah tersebut semata-mata untuk membantu orang yang kurang berkemampuan. Ini mungkin disebabkan mereka tidak mengetahui secara khusus tentang kaedah pengagihan yang diamalkan sekarang,” ujarnya.
Bagi memastikan ibadah korban dilaksanakan dengan sistematik khususnya melibatkan pengagihan, sewajarnya ia diberikan kepada penganjur yang boleh mengendalikannya dengan adil dan telus.

“Maka dengan mengadakan program dan akikah di tempat yang umat Islam tertindas seperti Kemboja, Palestin dan Iraq amat bertepatan dengan matlamat ibadah tersebut iaitu membantu umat Islam yang tertindas dan hidup dalam kemiskinan. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan hubungan persaudaraan di kalangan umat Islam,” katanya.

Info ringkas
- Masa untuk melaksanakan ibadah korban ialah apabila telah naik matahari dengan kadar selesai dua rakaat sunat hari raya dan dua khutbah yang ringan iaitu 10, 11, 12 dan 30 Zulhijjah.

- Binatang yang boleh disembelih untuk ibadah korban dan akikah adalah terdiri daripada al-Ana’am iaitu unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Binatang lain seperti rusa, seladang dan seumpamanya tidak boleh dikategorikan dalam golongan al-Ana’am sekalipun ia jinak.

- Menurut Imam Khatib al-Syarbini, seekor unta atau lembu yang hendak dijadikan korban atau akikah boleh dikongsi bersama tujuh orang. Namun, kambing dan biri-biri tidak boleh dikongsi.

Apakah perbezaan antara korban dan akikah?

- Tempoh atau waktu untuk melaksanakan ibadat korban agak singkat iaitu pada hari raya haji dan diikuti dengan tiga hari tasyriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah, sebaliknya tempoh melaksanakan ibadat akikah adalah panjang.
- Menurut Imam al-Shafie tempoh terbaik untuk akikah ialah hari ketujuh setelah kelahiran, sekiranya tidak dapat dilakukan dalam tempoh tersebut, boleh dilaksanakan dengan tidak melebihi tempoh nifas iaitu 60 puluh hari. Sekiranya tempoh nifas juga tidak dapat dilaksanakan oleh beberapa sebab terutamanya kefakiran, maka boleh dilaksanakan tidak melebihi tempoh susuan iaitu dua tahun. Dalam tempoh itu juga tidak dapat dilaksanakan, maka hendaklah dilaksanakan sebelum berumur tujuh tahun. Sekiranya setelah tujuh tahun juga tidak dapat ditunaikan maka boleh dilanjutkan sehingga mencapai umur baligh.

- Perbezaan antara ibadat korban dan akikah menurut kitab Mughni al-Muhtaj ialah ibadat korban disunatkan diberikan kepada fakir miskin daging yang mentah. Sebaliknya bagi daging akikah, sunat diberikan kepada fakir miskin setelah dimasak kerana Rasulullah s.a.w meminta Saidatina Fatimah untuk berbuat demikian. Selain itu juga diharamkan daging korban diberikan kepada orang kaya dan terdapat padanya unsur jual beli, namun jika diberikan kepada orang kaya dengan berniatkan sebagai hibah atau hadiah maka ia tidak menjadi satu kesalahan kerana orang kaya juga layak untuk menerima hadiah dan hibah. Sebaliknya tidak menjadi satu kesalahan sekiranya ada unsur pemilikan atau jual beli pada daging akikah.

Salam Aidiladha

Tentang Kambing

JENIS JENIS PEMBIAKAN

LINE BREADING : PEMBIAKAN DIANTARA SUBSPECIES YANG SAMA. CONTOH NYA BOER DENGAN BOER.

CROSS BREADING : PEMBIAKAN DIANTARA SUBSPECIES YANG BERLAINAN CONTOH NYA BOER DENGAN JAMNAPARI.

INBREADING : PEMBIAKAN DIDALAM KELUARGA YANG SAMA. CONTOH NYA PEJANTAN DENGAN ANAK BETINA ATAU DIANTARA ADEK BERADEK.

TEKNOLOGI PEMBIAKAN

PERMANIAN BERADAS (AI)

Permanian beradas atau AI adalah satu cara buatan untuk mengahwinkan ternakan di mana benih ternak jantan(air mani) dimasukkan ke dalam alat kelamin ternak betina dengan menggunakan alat-alat tertentu.

PINDAHAN EMBRYO (ET)


Pindahan Embryo atau ET dirujuk kepada satu kaedah atau proses in vitro fertilization (IVF) dimana satu atau beberapa embryos diletakan dalam uterus betina dengan harapan untuk disenyawakan




CARA-CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK
CARA-CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK
1. Baka dan Keturunan

2. Bentuk Badan atau konformasi:
a. Teknik pengamatan
b. Teknik perabaan
c. Teknik berdasarkan penilaian (pemberian markah)

Cara Pemilihan Baka dan Keturunan

Pemilihan cara baka dan keturunan ini memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar kerana kebiasaan catatan tidak dibuat dengan sepenuhnya

Di antara butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah:

1. Berat semasa dilahirkan adalah tinggi
2. Kenaikan berat badan yang cepat
3. Berat badan semasa 1 tahun
4. Keluaran susu yang banyak
5. Jarak kelahiran yang rapat

Cara Pemilihan Konformasi Badan

Cara-cara Pengamatan

Sifat Jantan Betina

Warna Warna berbeza mengikut jenis baka. Sama
Kulit dan bulu Lembut, pendek dan berkilat, tiada kulit berlebihan atau berlipat di bawah dagu dan tengkuk. Lembut, pendek, licin dan berkilat tidak kusut.

Saiz Besar dan berat badan tidak lebih dari 25 kg. (had minimum berbeza mengikut baka) Sedang atau besar tidak kurang 20 kg (had minimum berbeza mengikut baka)

Kepala Sederhana, bertanduk atau tidak bertanduk; mata bersinar; dagu sama rata. Panjang dan sederhana, bersih, tiada ketul-ketul daging yang berlebihan.

Leher dan bahu Tidak panjang; berdaging pejal Leher jinjang; bahu kecil dan sempit

Dada Bidang dan gempal menunjukkan kekuatan Sederhana
Rangka Bulat dan sama besar; tulang rangka sama jarak menunjukkan paru-paru yang baik. Rangka dada lebar dan sama jarak supaya badan narnpak bulat. Perut jangan menonjol ke bahagian dada.Badan Gempal, panjang besar Badan tegap menurun ke hadapan dari perut ke bahu depan Bahagian belakang Lurus, tegap, lebar dan belakang berdaging penuh Lurus, tegap dan lebar di bahagian "rump" dan punggung. "Rump" menurun sedikit tidak terlalu mencuram Kaki Hadapan Lurus, tegap, dan teguh; keduanya selari Lurus, kuat, tulangnya baik dan teguh. Keduanya selari.Kaki
belakang Tegap dan kukuh. Keduanya selari apabila berdiri tegak. Bila berjalan tidak mengarah keluar (meraut). Pastern tidak jatuh dan jari mengadap ke hadapan. Peha lebar dan besar. Lurus, tegap dan mengadap ke hadapan selari jika dilihat dari belakang; "Hock" pendek sedikit; "Pastern" pendek dan tidak terjatuh. Tapak Kaki Rata di bawah memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik.Kuku pendek dan menghala ke hadapan Rata di bawah memboleh kaki kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rata.
Buah Zakar dan zakar Zakarnya baik dan boleh dikeluarkan dan masuk dengan baik; dua buah zakar yang sama besar tergantung dengan baik dan. tidak terlalu labuh.
Ambing dan puting susu Ambingnya besar dan tergantung dengan baik dan susu tidak meleret. Kulitnya lembut dan licin. Pembuluh susu nyata tetapi tidak berketul-ketul. Dua puting yang sederhana dan menghala ke hadapan dan terletak dengan baik.Tabiat Cergas, garang serta gagah Cergas Kesihatan Sihat Sihat

Cara Perabaan

Cara perabaan adalah perlu apabila kambing yang bakal dipilih itu adalah dari jenis yang mempunyai bulu yang panjang. Ini adalah untuk menentukan kepadatan isi yang mungkin diselubungi oleh bulu atau memastikan tiada sebarang kecacatan.

PEMILIHAN PEJANTAN
Umur lapan bulan hingga Setahun Setengah Keatas
Memenuhi Spesifikasi ciri ciri Baka Jantan
Sihat – Bebas daripada Penyakit Berjankit
Amat Galak Agresif apabila berdepan dengan Betina

PEMILIHAN BETINA
Umur lima bulan Keatas
Memenuhi ciri ciri Baka Betina
Sihat – Bebas daripada Penyakit Berjankit

ELAKAN KAMBING YANG:-
Putingnya cacat dan berlebihan (cluster or fishtail teats)
Ambing yang Lanjut
Ibu yang tidak pernah beranak sejak 24 bulan umur
Buta, tempang,
Ambing yang keras dan berketul
Jonggan atas bawah ( lebih ¼”)
Kaki yang cacat dan Pengkor
Ada tanda tanda bisul dan perut bisul
Tanda tanda batuk dan cirit
Strotum yang tak stabil, besar sebelah dan ada satu saja,
Terbuka.

Biosekuriti

Biosekuriti merupakan tindakan dan amalan bagi mencegah kemasukan penyakit ke dalam suatu kawasan, ladang dan gerompok. Tindakan pencegahan tersebut dijadikan sebahagian daripada pengurusan ladang. Semua pihak yang terlibat samada pemilik, pekerja, penyedia perkhidmatan dan juga pelawat perlu mematuhinya.

PENYEDIAAN KELAHIRAN
Tumpuan terhadap pengurusan Ibu adalah untuk:-
Memastikan Ibu senantiasa sihat sepanjang tempoh kebuntingan sehingga melahirkan anak.
Anak akan terbentuk dengan sempurna semasa bunting.
Keperluan asas yang diperlukan adalah Senaman, Pemakanan yang baik dan pengurusan Pencegahan terhadap penyakit.
Tempoh kebuntingan adalah 149 – 155 hari.

PENJAGAAN KELAHIRAN
Kesemua Plasenta (uri) ibu telah habis keluar
Anak yang baru lahir tidak lemah dan boleh menyusu
Pastikan ia menerima susu Kolostrum dalam tempoh
36 jam pertama.
Semburkan Iodine pada pusat anak.

PENJAGAAN ANAK
Suntikan Zat Besi –
Fercobsang 1ml } umur 2 minggu
Suntikan
Fercobsang - 3ml }
Vitasol ADEC - 3ml } cerai susus
Ivomec - 1ml }

Hasilnya adalah anak yang lebih sehat, cepat besar,
dan punya daya tahan terhadap penyakit.

PENJAGAAN IBU

Suntikan
5ml Vitasol ADEC , 5ml Minersol
2 minggu salepas ibu beranak

Hasilnya adalah induk cepat pulih dan tempoh
bunting setelah beranak dapat dipendekan.

PENJAGAAN JANTAN
Suntikan Selepherol selepas 42 hari bersama induk
rehatkan selama 1 – 2 minggu
Suntikan Cobaphos sebaik sebelum dimasukan ke kandang betina.

Hasilnya – hanya bapak yang tahu.?
SILAJ (RUMPUT PERAM)
Silaj ialah bahan makanan ternakan hasil daripada pemeraman foder basah atau bahan sampingan pertanian yang disimpan ditempat yang kedap udara. Tanaman yang biasanya dibuat silaj ialah jagung, sekoi dan rumput-rumput seperti rumput gajah, rumpyt kuda, rumput pangola dan rumput para. Diantara bahan sampingan pertanian yang mungkin boleh dibuat silaj ialah seperti kulit koko, buangan kilang nenas, kulit kopi, pelepah kelapa sawit, jerami padi dan sisa tanaman jagong.

Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan tanpa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika kekurangan foder atau bahan makanan ternakan.

Perinsip penting dalam pembuatan silaj, ialah penyimpanan yang terhindar dari oksijan dan mengelakkan dari pereputan (decomposition) semasa penyimpanan. Bahan-bahan yang hendak dijadikan silaj diperam didalam silo. Silo ialah satu struktur yang kedap udara. Ini menyebabkan bahan-bahan yang disimpan didalam silo tidak terdapat oksigen. Apa yang berlaku ketika pemeraman itu ialah karbohaidrat dalam bahan yang diperam bertukar menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria-bakteria anaerobik.

Asid-asid ini akan merendahkan pH yan menebabkan proses biokimia dalam bahan-bahan yang diperam terhenti. Dengan ini bahan-bahan yang diperam akan disimpan dengan baik dan mutu pemakanan tidaklah begitu terjejas. bahan-bahan aditif seperti bijiran, asid formik, formaldehyde, asid propionik, garam biasa, amonia dan enzim sering juga ditambah untuk membaiki proses pemeraman.

Tanaman jagong telah diketahui dapat diperam menjadi silaj yang baik, diterima makan oleh ternakan dan dapat mengeluarkan hasil ternakan yang memuaskan. Untuk kawasan-kawasan yang agak kering, kegunaan tanaman sekoi boleh dipraktikkan. Tanaman sekoi mengandungai kandungan gula yang tinggi dan dapat menghasilkan silaj yang baik, tetapi kandungan asid prussik dalam sekoi boleh meracunkan ternakan, terutama sekali jika skoi dipotong terlalu muda atau tanaman didalam keadaan tekanan kemarau (stress periods) kemudaratan tidak akan berlaku jika sekoi diperam sebelum diberi makan.

Mutu silaj adalah bergantung kepada bahan asal pemeraman dan selalunya adalah lebeh rendah dari tanaman asal. Mutu dipengaruhi oleh kaedah pemeraman silaj, pemeraman yang menggalakan haba yang keterlaluan, tidak memadatkan bahan dengan betul, kandungan air yang terlalu rendah mengakibatkan silaj menjadi warna hitam atau coklat. Terlalu banyak kandungan air dalam tanah menyebabkan lelehan nutrien yang banyak dan merugikan.

Keperluan untuk menghasiklan silaj yang baik

Menghidarkan dari udara (silo yang kedap udara) untuk mengurangkan pernafasan sel-sel dan aktiviti enzim

Kandungan air dalam bahan diantara 65-75%

Kandungan karbohaidrat yang mencukupi (lebih dari 3%) jika bijiran tidak menjadi bahan yang diperam, penambahan unsur karbohaidrat seperti jagung atau molasses adalah perlu untuk mengalakan pengeluaran asid asetik atau laktik dan menghindarkan aktiviti bakteria asid butitik.

Bahan hendaklah dipadatkan didalam silo dan pemeraman dilakukan dengan secepat mungkin.

Elakan foder yang diperam dari bercampur dengan bahan-bahan asing seperti tanah dan sebagainya.


Sifat-sifat silaj yang baik
a. Ph (tahap kemasaman) 4.5
b. Kandungan asid laktik 3 - 13 %
c. Kandungan asid butirik 0.2 %
d. Warna Hijau - kekuningan / hijau keperangan
e. Bau Menyenangkan, tidak busuk, saolah-olah bau cuka
f. Tahap basah Tidak ada lilihan nutrien
g. Keperisiaan Boleh diterima makan oleh ternakan
h. Nilai pemakanan Hampir-hampir menyerupai dengan bahan -bahan asal

Kehilangan nutrien dalam proses pemeraman silaj
Pemeraman melibatkan perubahan kimia, jadi kehilangan nutrien tidak dapat dielakkan tetapi dapat dikurangkan. Jenis-jenis kehilangan ialah:-

Kehilangan nutrien (seepage losses) dalam benruk karbohidrat larutan air atau asid-asid meruap adalah dianggarkan 10 % dari bahan kering. Ini boleh dikurangkan dengan memotong foraj apabila mencapai tahap berat kering 30 - 35 % atau melayukan foder ketahap 65-75 % kandungan air sebelum diperam atau menambah bahan-bahan seperti jerami padi atau tongkol-tongkol jagong sebagai bahan mendap.

Kehilangan nutrien disebabkan oleh proses fermentasi ialah dianggarkan 5 % hingga 10%

Kerosakan dipermukaan silaj dan juga dinding silo juga berlaku. kerosakan ini ialah diantara 0-25 % bergantung samada foder itu dipotong halus, padatan yang elok, kemasukan air hujan dan kegunaan penutup plastik yang baik. Ada juga kerugian semasa memotong foder diladang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kami dari kandang2u Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua umat islam.

Selamat Berpuasa

Selamat Ulang Tahun SDI AGro Farm Industries

Selamat Ulang Tahun Yg ke-4 buat semua pengurusan SDI Agro Farm & Industries.. Semoga tahun ini mendapat lebih sinar dan lebih kejayaan yang akan diperolehi...

Karektor Kambing

Karektor Kambing

Kambing mempunyai karektor seperti berikut;

1. Tegas.
2. Berpendirian.
3. Matang.
4. Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.
5. Memahami arahan.
6. Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.
7. Tinggi EQ (emotional quotient).
8. Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.
9. Tersenyum.

Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.

Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insyaAllah memelihara kambing amatlah menyeronokkan.

Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.