Kacang Sira Marvellous

Kelebihan Kambing Jamnapari

Apakah kelebihan kambing Jamnapari berbanding kambing Boer?

Setiap baka kambing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tidak kira baka Jamnapari, Boer, Saanen, Katjang, British Alpine atau yang lain. Namun apa yang perlu di titikberatkan adalah sistem ternak dan pengurusan ternakan yang baik. Seperti yang kita maklum, keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun meningkatkan lagi masalah ternakan lebih kepada jangkitan bakteria, infestasi cacing dan kutu serta jangkitan fungus. Adalah penting bagi mendapatkan baka yang tahan lasak dan dapat mengadaptasi keadaan ini dengan baik ataupun melakukan perkawinan silang dengan baka tempatan bagi meningkatkan daya tahan ternakan terhadap penyakit. Pihak kami lebih memelihara kambing Jamnapari kerana melihat kepada daya tahan dan kelebihannya menyesuaikan diri di dalam suasana kandang.

Apakah umur matang kambing Jamnapari?

Tempoh matang bagi kambing adalah kebiasaannya seawal 7 bulan. Namun pengurusan yang baik adalah perlu bagi memastikan ternakan dikawinkan pada sekitar umur 1 tahun ke atas bagi betina dan 1 1/2 bagi jantan. Ini adalah bagi mengelakkan berlaku komplikasi terhadap ternakan ketika melahirkan anak dan anak yang di perolehi kecil dan tidak sihat.

Apakah makanan yang sesuai untuk kambing Jamnapari?

Makanan yang sesuai adalah sebaiknya berbentuk 70% hijau-hijauan berupa daun-daun (leban, balik angin, mahang, petai belalang, dll.) dan rumput-rumput (napier, guinea, dll.) samada di beri secara terus atau di potong kecil. Melalui pemberian daun dan rumput ianya dapat mengurangkan kos dalam penyediaan makanan. Pemberian dedak adalah hanya sebagai tambahan dan bukan suatu keutamaan, kerana ianya dapat meningkatkan kos penjagaan dan menggangu dalam aliran tunai projek ternakan. Penjagaan terbaik bagi pembaka adalah melalui makanan berupa hijauan, di mana perolehan kandungan serat yang mencukupi. Berapa ekor kambing yang sesuai untuk 1 ekar tanah?Bagi keluasan 1 ekar tanah, untuk sistem lepas ragut ianya hanya dapat menampung 6- 10 ekor / ekar / tahun. Tetapi kapasiti ternakan boleh di tingkatkan sehingga 100 - 200 ekor dengan tanaman rumput " cut and carry "sekiranya sistem intensif di praktikkan. Berapa jumlah maksimum kambing bagi kandang bersaiz 14' x 20'?Kandang seluas 14' x 20' dijangka mampu menampung sekitar 15 - 20 ekor kambing pada sesuatu masa. Berapakah harga sepasang kambing Jamnapari?Kambing betina baka JamnapariRM 1600 ( 40 kg ke atas, 12 - 30 bulan)Kambing jantan baka JamnapariRM 3200 ( 70 kg ke atas, 12 - 30 bulan )

Adakah saya layak untuk menternakan kambing Jamnapari?

Bagi memulakan perniagaan dalam penternakan paling utama adalah mempunyai modal dan kawasan yang sesuai untuk membangunkan kandang. Kandang boleh di bangunkan menggunakan kayu-kayu baru atau lama yang masih baik sekiranya ingin menggurangkan kos. Menetapkan matlamat dan perniagaan apa yang di ceburi dalam ternakan, samaada untuk daging, susu atau baka. Kesemua nya mempunyai potensi, namun pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan perniagaan adalah penting dalam menentukan hala tuju perniagaan. Mengetahui sumber-sumber bagi mendapatkan makanan ternakan dan ubatan. Pemilihan kambing yang mempunyai potensi di lakukan bagi mencapai matlamat. Setiap penternak perlu faham bahawa untuk menjadi penternak yang berjaya penternak harus pandai untuk membeli ternakan, memelihara ternakan dan menjual ternakan.

Berapakah harga anak kambing Jamnapari?

Harga seekor anak kambing Jamnapari berumur 2 bulan dan ke atas adalah RM 600.00 hingga RM 1500.00 bergantung pada saiz dan baka anak kambing itu. Bagaimana dengan bantuan modal?Bagi khidmat nasihat berkaitan modal penternakan, bolehlah tuan berhubung terus dengan agensi kerajaan seperti jabatan haiwan daerah, jabatan pertanian, MARDI, RISDA, Bank Pertanian, Bank Pembangunan Usahawan dan lain-lain agensi yang berkaitan.

Bagaimanakah permintaan pasaran kambing Jamnapari?

Untuk makluman pihak tuan,industri penternakan kini semakin berkembang dengan penyertaan pihak kerajaan dan swasta. Buat masa ini ramai yang menternak untuk membiakkan kambing ini Kami menjangkakan penjualan daging akan lebih pesat dalam 2-3 tahun akan datang selepas pembiakan kambing berjaya. Lebih 92% daging dan ternakan kambing kini diimpot dari luar negera terutamanya daripada Australia dan New Zealand bagi memenuhi keperluan sumber protein dalam negara.Buat masa ini pasarannya tidak mempunyai masalah dan permintaan semakin meningkat untuk kambing baka Jamnapari. Strategi pemasaran yang baik dan mengetahui sasaran pengguna pasaran adalah penting.