Kacang Sira Marvellous

Jenis-jenis Pembiakan Kambing

JENIS JENIS PEMBIAKAN



LINE BREADING : Pembiakan di antara subspesis yang sama. Contohnya Boer dengan Boer.




CROSS BREADING : Pembiakan di antara subspesis yang berlainan. Contohnya Boer dengan kambing kampong atau jamnapari atau saanen dll.



INBREADING : Pembiakan di dalam keluarga yang sama.
Contohnya pejantan dengan anak betina atau antara adik-beradik.

Berbezaan Antara Kambing Dan Biri-biri

Berbezaan Antara Kambing Dan Biri-biri

Masih ramai rakyat Malaysia yang masih lagi tidak dapat membezakan mana satu Kah Kambing Dan Mana satu Kah biri-biri atau Beberi. Ada setengah tu mengatakan bebiri tu Lah Kambing ...... so sama-sama Kita fikir-fikirkan Lah di mana silapnyaaaa....

Kambing (goat) dan biri-biri atau bebiri (sheep) pada dasarnya adalah haiwan ternakan yang berbeza. Kambing adalah kambing dan biri-biri adalah dari jenis kibas. Bentuk fizikal dan genetik (DNA) kedua-dua haiwan ini juga berbeza walaupun rupanya hampir sama.

Justeru, kalau makan nasi beriani di kedai jangan sampai kita tertipu. Pada kebiasaannya di kedai "nasi beriani kambing" adalah sebenarnya "nasi beriani bebiri" daripada daging bebiri yang ternyata harganya lebih murah dan banyak lemak serta mempunyai kadar kolesterol yang sangat tinggi berbanding dengan daging kambing seperti Boer yang mempunyai kadar kolesterol yang lebih rendah dari bebiri dan juga ayam.

Tetapi harga "nasi beriani kononnya beriani daging kambing" ini harganya sangat mahal sepinggan (mengikut harga daging kambing di pasaran). Bagaimana pula dengan "lamb chop", pernah tak kita memeriksa daging apa yang digunakan oleh restoran-restoran yang menjual makanan barat (western food) ini. Daging kambing atau bebiri yang digunakan.? Kalau "lamb" tentulah ia daging bebiri tetapi kalau daging kambing yang digunakan untuk membuat "lamb chop" tentulah pelanggan bertuah.

Di Barat, pengusaha restoran tidak suka menipu bahan yang digunakan di dalam masakan mereka dengan menggunakan istilah yang betul berbeza dengan di Malaysia.

Berikut merupakan perbezaan fizikal dan tabii kedua-dua haiwan ini secara kasar (sebahagian) dan cara untuk mengenal pasti keduanya:

1. Bebiri suka berkumpulan manakala kambing suka pecah dari kumpulan (bersendirian).

2. Bebiri meragut rumput yang berada di bawah (tanah) manakala kambing suka makan pucuk-pucuk pepohon dan dedaun. Walau bagaimanapun kambing juga meragut rumput.

3. Ekor bebiri ke bawah manakala kambing menegak ke atas.

4. Kadar kematangan bebiri lebih cepat berbanding kambing, kambing hanya boleh di buat korban atau akikah setelah umurnya mencapai 2 tahun atau lebih manakala bebiri setahun telah boleh dikorbankan (bebiri jantan).

5. Bulu tidak boleh dijadikan ukuran perbezaan kerana terdapat juga kambing yang mempunyai bulu yang lebat seperti kambing Pygmy atau African Dwarf dan terdapat juga bebiri yang tidak mempunyai bulu yang lebat. Bebiri boleh dikategorikan kepada dua, "Woolsheep" (berbulu panjang) seperti bebiri Dorset dan "Hairsheep" (rerambut) seperti bebiri Barbados, Damara dan sebagainya. Walau bagaimanapun, bulu bebiri keriting dan kusam manakala bulu kambing agak lurus.

6. Komposisi daging kedua-duanya juga berbeza dimana kadar karkas (daging) kambing lebih tinggi berbanding dengan bebiri (lemak lebih banyak). Daging kambing juga mempunyai kandungan protein dan vitamin yang tinggi.

7. Ada beberapa tumbuhan yang menjadi racun (mudharat) kepada bebiri tetapi boleh dimakan oleh kambing dan sebaliknya.

8. Bebiri dan kambing tidak boleh bersatu (mengawan) kerana mereka adalah spesis yang tidak sama seperti bezanya itik dengan ayam.

9. Dari segi pengurusan, ianya hampir sama tetapi menternak kambing adalah lebih rumit kerana kambing lebih sensitif kepada persekitaran, makanan dan cuaca. Oleh itu kambing mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi.

10. Istilah dalam Bahasa Inggeris yang digunakan untuk daging haiwan ini berbeza:
- Daging kambing dewasa dikenali sebagai chevon.
- Daging anak kambing dikenali sebagai cabrito (~Spanish) atau capretto.
- Daging bebiri dewasa dikenali sebagai mutton.
- Daging anak bebiri dikenali sebagai lamb.

11. Apabila bebiri betina sampai masa untuk mengawan, sekeliling matanya menjadi cantik disebabkan hormon yang keluar manakala kambing betina mengeluarkan bau di punggungnya (alat pembiakan betina) untuk menarik perhatian pejantan.

12. Di Indonesia, kambing dipanggil sebagai kambing manakala bebiri dipanggil sebagai domba. Istilah "bodoh domba" adalah digunakan untuk memaki orang yang bodoh yang disamakan seperti bebiri tetapi tidak seperti kambing yang dianggap haiwan yang cerdik, manja dan sebagainya.

Banyak lagi perbezaan yang boleh dicari dan diperhatikan diantara kedua-dua haiwan ternakan ini. Ternyata mereka adalah haiwan yang sangat berbeza dan pengurusan kedua-duanya juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sifat-sifat ini.
Read more...

Kenali Kambing Bunting

Kenali Kambing Bunting

Kambing betina yang sudah dikahwinkan tidak akan mengalami birahi lagi jika kambing tersebut sudah bunting. Seekor kambing akan mengalami puncak masa birahi selama 3 hari, dan jika kambing tersebut tidak dikahwinkan pada masa puncak itu, berarti kambing akan birahi lagi 21 hari kemudian.

Beberapa tanda pada kambing yang bunting adalah semakin membesarnya perut bagian kanan, mulai terjadi pembesaran pada kambing, seringnya kambing menggesek-gesekkan ke dinding kandang dan kambing terlihat lebih tenang. Saat usia kebuntingan 1-3 bulan, jika ambing di perah secara pelan-pelan, akan mengeluarkan cairan bening kental dan agak lekit, dan pada umur kehamilan yang lebih tua berubah menjadi warna kuning pekat.

Kambing yang bunting harus ditempatkan di kandang yang terpisah untuk menghindari gangguan dari kambing yang lain atau menghindari perkelahian antara sesama kambing. Perlu juga dijaga agar lantai kandang tidak licin karena bisa menyebabkan kambing yang sedang bunting tergelincir yang menyebabkan keguguran.
Khusus pada kandang yang berbentuk panggung, pada saat kambing akan dikeluarkan dari kandang, sebaiknya mengunakan bantuan tangga, usahakan pada saat kambing turun dari kandang jangan melomat, karena akan menyebabkan kontraksi pada perut kambing yang sedeng hamil.
Untuk memperlancar proses kelahiran pada kambing, sebaiknya kambing bunting setiap hari dikeluarkan dari kandang dan dibiarkan berjalan-jalan minimal 1 jam setiap harinya.

Masa kebuntingan kambing selama 5 bulan. Pada kambing yang baru pertama kali beranak, waktu melahirkannya biasanya akan sedikit bergeser, baik lebih awal maupun perlahan, tetapi tidak akan lebih dari 5 hari.Selama masa bunting, kambing memerlukan makanan yang lebih banyak dan berkualitas untuk mendukung seluruh proses di dalam tubuhnya. Usahakan selam proses bunting, si induk mendapatkan tambahan kalsium, sehinga keperluan kalsium dalam tubuh kambing maupun anak kambing yang dikandungnya akan mencakupi kalsiumnya.

Kambing yang akan beranak, secara fisik dapat diketahui dari bentuk kambing dan putting susu yang terisi penuh. Alat kelamin luar (vulva) membengkak, berwarna merah, dan berlendir, kambing terlihat gelisah, dan nafsu makan yang menurun. Jika kondisi itu sudah mulai telihat, perlu disiapkan kandang yang bersih. Kandang sebaiknya diberi alas yang mampu menyerap cairan disaat kambing dalam proses melairkan, serta dapat memberi rasa hangat pada anak yang baru saja lahir, misalnya dengan memberi alas berupa karung guni atau jerami padi. Jika kondisi kebuntingan normal, biasanya kambing tidak memerlukan pertolongan saat proses melahirkan. Jika memungkinkan, disiapkan kandang khusus yang dilengkapi dengan lampu penerangan, karena waktu melahirkan boleh terjadi pada malam hari

Baka Jamnapari

Kambing Baka Jamnapari berasal dari kawasan Sungai Jamuna di daerah Etawah, dalam negeri Uttar Pradesh, India. Baka kambing ini adalah di antara baka kambing terbesar di India ( jantan berat badan 44kg dan betina 36kg ) dan sangat tahan lasak serta bersifat dwi-fungsi dipelihara untuk bekalan daging dan susu. Jamnapari juga di ketahui seluruh dunia dalam fungsinya meningkatkan dan memperbaiki kualiti kambing keturunannya seperti kambing Anglo Nubian dan Damascus.

Di Malaysia, kambing telinga panjang ini pernah popular sekitar tahun 70an, dan baka nya di bawa daripada India. Namun populasinya semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke bandar dan kurangnya minat generasi baru dalam bidang penternakan. Di Indonesia baka ini di panggil kambing Etawah dan mula diperkenalkan oleh pihak Belanda untuk memperkayakan kawasan lembah di Indonesia. Pada tahun 1975 import baka induk di bawa masuk ke Indonesia, di biak dan di edar secara meluas kepada penternak hingga populasi kambing baka ini kini mencecah jutaan ekor dan populasi terbanyaknya berada di kepulauan Jawa.
Berbiak Kembang Dengan Pintas
Penggunaan baka ruminan kecil seperti kambing Jamnapari ini memberi kelebihan kepada penternak disebabkan tubuh relatifnya yang kecil berbanding ruminan yang lain dan kadar cepat mencapai dewasa kelamin. Kadar reproduksinya adalah efisien di mana ia mampu beranak tiga kali dalam jangkamasa dua tahun dengan kadar purata dua ekor anak atau lebih setiap kali beranak.
Bertumbuh Secara Baik Di Negara-negara Tropikal
Jamnapari berasal daripada negara India dan Pakistan, diimpot ke Indonesia dan berkembang biak secara baik dan pantas. Jamnapari mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit. Oleh itu penjagaan keseluruhan kambing Jamnapari ini adalah mudah. Ianya memiliki daya adaptasi yang tinggi terhadap persekitaran di sebabkan secara semulajadinya ianya di ternak di kawasan beriklim khatulistiwa dan mempunyai cuaca yang seakan sama dengan di Malaysia
Penternakan Jamnapari

Kambing Jamnapari mempunyai daya pembiakkan yang baik. Melalui pemakanan yang berzat, ianya dapat memenuhi keperluan pemakanan yang sempurna dan menjamin kesihatan ternakan. Kambing Jamnapari diberi makanan dua kali sehari, konsentrat dan daun-daun. Selain itu juga keperluan seperti air dan kandang adalah penting bagi menjamin kesempurnaan ternakan.
Jamnapari sesuai dipelihara samaada dengan sistem lepas mahupun sistem feedlot. Dalam sistem feedlot, kandang di gunakan. Bagi penternakan berskala besar, kandang kayu bertiang konkrit di gunakan bagi menjamin keutuhan kandang. Kebersihan kandang merupakan faktor utama untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Lantai kandang perlu di sapu setiap hari dan adalah penting menjamin kandang sentiasa kering.
Pembiakan Jamnapari
Kambing jantan dan betina perlu dijaga dengan baik bagi menjamin kualiti pembiakan. Kambing-kambing jantan sebaiknya perlu di asingkan bagi pengurusan ternakan yang baik. Ini adalah baik dalam mengelakkan perkahwinan sekeluarga atau 'inbreeding' berlaku yang dapat menjejaskan kualiti kambing. Makanan yang berkhasiat dan tinggi protein adalah baik bagi kambing jantan dalam menjaga kualiti sperma.

Kambing betina pembiak adalah penting dalam menambahkan bilangan ternakan. Kambing betina pembiak Jamnapari mula berkahwin sebaiknya seawal umur 12 bulan dan berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam suatu masa. Kambing Jamnapari merupakan kambing yang baik untuk di biakkan. Selain kesesuaian dengan iklim di Malaysia, kambing Jamnapari juga tahan lasak daripada penyakit.
Anak kambing diasingkan daripada ibu kambing 2-3 bulan selepas dilahirkan. Pengasingan ini merangsang anak untuk makan makanan kental seperti konsentrat dan daun-daun serta membolehkan anak kambing cepat membesar. Di samping itu juga ianya memulakan kitaran haid ternakan, mempercepatkan proses pengeluaran ovum yang merangsang ibu kambing miang.

Penyakit Spesifik

Salam sejahtera semua..

Alhamdulillah, pada bulan ini SDI AGRO FARM & INDUSTRI telah menyambut ulang tahun yang ke 2. Segala perit getir , suka duka diharungi dengan tabah dan semoga pada tahun hadapan kejayaan demi kejayaan akan dicapai.

p/s : Terima kasih kepada anda yang memberikan sokongan kepada kami selama ini. Kepada yang ingin membuat tempahan sila e-mailkan tempahan anda ke sdigroup@yahoo.com.




Penyakit Spesifik

1. Pasteurellosis
2. Pregnancy toxaemia
3. Enterotoxaemia
4. Coccidiosis
5. Meliodosis
6. Brucellosis
7. FMD

1.PASTEURELLOSIS
Menyebabkan kerugian dlm bentuk:
1. Kematian
2. Penurunan berat badan
Morbiditi – 40%
Mortaliti – 5%
Dewasa – bentuk pneumonia
Anak – bentuk septicaemia
AETIOLOGI
Pasteurella haemolytica
Pasteurella multocida

PASTEURELLOSIS
CARA JANGKITAN

1. Pernafasan – menyedut udara tercemar
2. Makanan tercemar
3. Anak menyusu susu ibu bermastitis
(mengandungi P. hemolytica)

PASTEURELLOSIS
Faktor Pemangkin Penyakit

1. Bebanan parasit tinggi
2. Stress – pengangkutan, aktiviti penternakan
3. Malnutrition – pemakanan kurang baik
4. Cuaca – tidak menentu

TANDA KLINIKAL

1. Wabak bermula dgn kematian mengejut
2. Anak – kematian mengejut berterusan sepanjang
wabak
3. Dewasa – tanda-tanda pernafasan lebih nyata,
collapse bila keluar padok
4. Tanda-tanda lain:
1. Dyspnea (sukar bernafas)
2. Mulut berbuih
3. Batuk
4. Nasal discharge (cecair dari hidung)
5. Kematian 12 jam selepas tanda

PASTEURELLOSIS
RAWATAN

1. Antibiotik
• Penicillin, oxytetracycline, streptomycin,
sulfur drug, ampicillin
2. Rawatan sokongan
• Multivitamin, cecair (jika dehidrasi)
PASTEURELLOSIS
KAWALAN

1. Vaksinasi
2. pengudaraan
kandang – baik
3. Kurangkan stress
4. Kurangkan bebanan
cacing
5. Asing ternakan sakit,
rawatan awal
Vaksin Heptavac®
Imunisasi terhadap
pasteurellosis & penyakit
clostridiosis

2.PREGNANCY TOXAEMIA
Merbahaya, menyebabkan kematian pada pada
bebiri bunting sarat
1. Terdapat ketone body dlm darah
2. Kadar glycogen rendah dlm hati
3. Ketone body dlm air kencing
Nama lain penyakit ini
1. Twin lamb sickness
2. Pregnancy disease
3. Ketosis
4. Antepartum paralysis
Ibu bunting kembar sarat mudah kena

PREGNANCY TOXAEMIA
ETIOLOGI

1. Kekurangan glukosa yg akut dlm darah
disebabkan kekurangan makanan dan keperluan
daripada anak kembar /subur, besar dgn cepat
2. Metabolisme karbohidrat & lemak yg abnormal –
ketone body dlm darah
3. Kekurangan glikogen dlm hati & asimilasi lemak yg
abnormal menyebabkan ketonemia
Faktor Penggalak
1. Kuantiti/kualiti makanan menurun mendadak
2. Pengambilan protein & mineral yg rendah,
pengambilan air yg tinggi, mutu pastura rendah
PREGNANCY TOXAEMIA
TANDA KLINIKAL
Berlaku mengejut
1. Tidak sedar
2. Jalan tanpa haluan, circling
3. Head pressing
4. Mata tiada refleks
5. Telinga, otot keliling mata, muzzle bergerak
secara berselang-selang (intermitten)
6. Kejang kepala, leher kaki, jatuh bila cuba
berjalan
7. Kepala mendongak ke atas
8. Lendir kuning dari hidung
9. Lumpuh selepas 2 /3 hari
10.Mati selepas 2 – 6 hari menunjukkan tanda
11.Kes serius – jatuh & terus mati
Kejang kepala, leher kaki,jatuh bila cuba berjalan
PREGNANCY TOXAEMIA
RAWATAN
Rawatan awal sebaik saja tanda muncul
1. Suntikan glukosa (larutan glukosa 40%) - 4 -5
ml/kg, i.v. atau s.c.
2. Glycerine@glycerol 4 – 5 ml/kg, oral setiap hari
3. Jika tiada glycerine – sodium propionate /
propylene glycol
o Rawat sehingga ternakan boleh/mahu makan
sendiri

PREGNANCY TOXAEMIA
KAWALAN

1. Makanan sentiasa cukup – kuantiti & kualiti
2. Ibu pembiak jangan terlalu gemuk
3. Tingkatkan kadar pemakanan (perlahanlahan/
tidak mengejut)
4. Kurangkan stress
5. Kurangkan bebanan cacing

3.ENTEROTOXAEMIA
Juga dikenali sebagai pulpy kidney
Penyakit toksemia akut kpd ruminan
Etiologi
Bakteria Clostridium perfringens type D
Dlm keadaan biasa bakteria ini berada dlm usus dlm
jumlah kecil
Apabila ternakan makan makanan bermutu terlalu
tinggi (konsentrat atau pastura subur) ia membiak
dgn cepat & membebaskan racun yg merbahaya

ENTEROTOXAEMIA
TANDA KLINIKAL

Anak
1. Berlaku mendadak ( 2 – 12 jam )
2. Kebanyakan mati tanpa tanda
Tanda-tanda biasa awal
1. Monyok, sugul, tiada selera
2. Pergerakan otot-otot muka
Kes akut
1. Konvulsi (sawan)
2. Mulut berbuih
3. Diarea berrwarna hijau
4. Terbaring / recumbency
5. Mati mengejut

ENTEROTOXAEMIA

Dewasa
1. Tahan lebih lama, 24 jam
2. Huyung hayang & knuckling
3. Mengunyah/chomping of jaw, mengisar/
grinding gigi
4. Pernafasan pendek & cepat
5. Menggeletar/convulsion & tremor
6. Kembung (peringkat akhir)
7. Penemuan P.M.
1. Ginjal – uraidiri/autolyse, toksin dlm usus,
glukosa dlm air kencing

ENTEROTOXAEMIA
Rawatan

Sukar, 90% mati
Rawatan awal dengan
1. Suntikan antitoksin / hyperimmune serum
2. Suntikan sulphadimidine
3. Suntikan antibiotik berspektrum luas
4. Suntikan antihistamin
5. Suntikan kalsium borogluconate


ENTEROTOXAEMIA
Kawalan

1. Elak memberi makanan
bermutu secara tiba-tiba
2. Vaksinasi
3.Coccidiosis
Penyakit yg mempunyai morbiditi yg tinggi &
cepat merebak
Biasa pada anak/weaners 3 – 6 bulan
ETIOLOGI
Protozoa Eimeria spp
CARA JANGKITAN
Makanan & minuman tercemar
Faktor penggalak:
1. Terlalu sesak / overcrowded
2. Kandang lembab & kotor /tidak
dibasmikuman
3. Bebanan cacing
4. Makanan kurang bermutu

Coccidiosis
TANDA KLINIKAL
Diarea
Najis berbau (foul
smell) & mengandungi
darah (blood stained)
Anoreksia & anemia
Lemah & dehidrasi
Serangan saraf –
lemah & lumpuh bhgn
belakang
Kurus & mati
Lemah kerana coccidiosis
Anemia –
mukus membran pucat

Rawatan

1. Sulphamezathine(Sulphadimidine) tiap-tiap hari (3
- 5 hari)
2. Rawatan sokongan Vitamin B complex
Kawalan
1. Kebersihan lantai kandang
2. Kurangkan kesesakan (overcrowded)
3. Ragutan pusingan
4. Anticoccidia dalam air minuman
5. Program pengambilan dan analisis sampel tinja
Coccidiosis

1/3 % Sulphadimidine Sodium
Rawatan diarea akibat coccidiosis
5.Melioidosis

ETIOLOGI
Bakteria Pseudomonas pseudomallei
PUNCA JANGKITAN
Melalui air / water-borne infection
Najis ternakan yg dijangkiti
ZOONOTIK – boleh menjangkiti manusia

Melioidosis
TANDA KLINIKAL
Anoreksia/tiada selera makan
1. Tempang, terbaring
2. Demam ringan
3. Tanda-tanda pernafasan- dyspnea, kerap batuk, cecair
pekat kuning dari hidung
4. Tanda-tanda saraf - berjalan berpusing, konvulsi, kepala
terteleng,mata terbeliak, buta, terlalu sensitif terhadap
rangsangan luar.
5. Nodus limfa dan testis membengkak

Melioidosis
RAWATAN
Tidak digalakkan - singkir ternakan berpenyakit
Jika rawatan ingin dijalankan, antibiotik Terramycin
boleh digunakan.
PENCEGAHAN
Saringan dengan ujian serologi di makmal -
ternakan positif hendaklah disingkirkan
Disinfek kawasan/kandang yang didiami ternakan
positif
Rawat air minuman

6.BRUCELLOSIS
ETIOLOGI
Bebiri- Brucella ovis
Kambing -Brucella melitensis
CARA PENYEBARAN
Punca utama - kandungan uterus : fetus,
plansenta, membran fetus, cairan uterus
Jangkitan dlm gerompok
1. Makanan & minuman tercemar
2. Melalui luka, mata, puting susu (ketika memerah)

BRUCELLOSIS
Cara penyebaran (sambungan):
Jangkitan antara gerompok
1. kemasukan ternakan dijangkiti/pembawa
2. jangkitan kelamin drp pejantan dijangkiti
ZOONOTIK (boleh menjangkiti manusia)
Tanda klinikal
Keguguran pd bunting sarat, > 3½ bulan
lekat uri, metritis, tidak subur
Jantan - orchitis, epididymitis
BRUCELLOSIS
Rawatan
1. Terramycin (mungkin)
2. Disaran musnahkan sahaja, elak jangkitan
Kawalan
1. Disinfek & kosongkan kandang/padok ragutan tempat
keguguran berlaku selama 3 bulan
2. Amalan pengurusan yang baik, kawal pergerakan
ternakan
3. Saringan penyakit / ujian serologi CFT/RBPT -tahunan,
ternakan dibawa masuk, kes gugur -Singkir/musnah
CFT positif
4. vaksinasi 32
7.FOOT & MOUTH DISEASE
ETIOLOGI
Entero virus - Serotype O, A, C, SAT 1, SAT 2, SAT3,
ASIA 1
CARA PENYEBARAN
Punca - susu, najis, air kencing, darah, air liur, cairan drp
vesikel
Udara, sentuhan
Makanan tercemar
Pergerakan ternakan / manusia
Virus dlm daging yg belum dimasak
33
FOOT & MOUTH DISEASE
TANDA KLINIKAL
Demam (40 -41° C)
Anoreksia, sugul
Bengkak gusi/mulut, lidah & gusi merah, kering & panas
susah/sakit untuk mengunyah makanan
air liur meleleh (drooling}
Vesikel pd gusi, lidah, kawasan/celah kuku, ambing susu
pincang, rebah, mati
pengeluaran susu menurun
RAWATAN
Tiada 34
TANDA KLINIKAL FMD
Salivation
hoof dental pad
teat
tongue

FOOT & MOUTH DISEASE
KAWALAN
Pengharaman sembelih di kawasan terlibat
Sekatan pergerakan ternakan keluar/masuk
kawasan terlibat
Membuat kuarantin
Vaksinasi
1 Sempadan Thailand - program tahunan sebagai
buffer zone / immune belt
2 Kawasan di isytihar wabak
Disinfektan sesuai untuk membersih kandang,
kenderaan, foot bath
Pergerakan kenderaan / manusia ke paras minimum

Rumput Napier

Rumput Gajah / Napier Pennisetum purpureum

p/s : Terima kasih kepada anda yang memberikan sokongan kepada kami selama ini. Kepada yang ingin membuat tempahan sila e-mailkan tempahan anda ke sdigroup@yahoo.com.

Penanaman Rumput Napier Secara Tampang

Mengunakan keratan batang, jalaran/stolon atau mengunakan anak. Cara ini biasa dilakukan ke atas pastura yang tidak berbunga atau berbunga tetapi biji yang dikeluarkan tidak boleh bercambah.

Menanam rumput napier/gajah (Pennisetum pupureum) biasanya mengunakan keratan batang,
batang yang digunakan mestilah cukup tua. Keratan-keratan ini juga dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan ditanam sebeberapa segera selepas diambil.

Ada beberapa cara menanam mengunakan keratan batang:-

1. Menanam secara cucuk
2. Menanam secara baring
3. Menanam tidak mengunakan baris

Menanam secara cucuk

Batang-batang napier dikerat anggaran 3-5 ruas/buku, 3/4 daripada panjang keratan tadi dicucuk kedalam tanah dengan menyerong 45ยบ condong, jarak tanaman pula ialah 30 sm. X 50-60 sm.

Menanam secara baring

Batang napier biasanya panjang, keratan-keratan dibaringkan mengikut baris dan dikambusdengan kemas sedalam 6-10 sm. Jarak antara baris pula ialah 60 sm.

Menanam tidak mengikut baris

Keratan napier yang pendek atau lain-lain jenis pastura (contoh: Brachiaria decumben) ditabur rata-rata diatas pemukaan tanah yang telah siap disediakan, kemudian dengan mengunakan pencakar atau "rotary tiller" yang dijalankan dengan trektor, lalu dikawasan tersebut secara teratur.

Kebaikan cara ini;

a) Sesuai untuk kawasan yang luas
b) Cara termudah, menjimatkan masa

Keburukanya

a) Pertumbuhan tidak teratur
b) Sebahagian akan mati kerana tidak semua keratan tertimbus.

Menuai dan memotong rumput.

Pemotong Pertama

Waktu pemotongan pertama bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis dan kesuburan pastura. Pemotongan yang terlalu awal akan merosakan rumput kerana sistem akar rumput tersebut belum cukup kukuh. Secara umum ianya boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga atau terdapat beberapa rumpun yang telah mula mengeluarkan bunga dalam kumpulan tersebut

Pemotongan seterusnya

Kadar pertumbuhan semula (selepas dipotong) adalah lebeh cepat mencapai takat optima berbanding dengan rumput yang baru ditanam. Pembungaan adalah penunjuk yang baik untuk menentukan masa pemotongan/ragutan. Melalui kajian dan pengalaman, berikut adalah jangka masa rehat atau jangka waktu diantara setiap pemotongan atau ragutan beberapa jenis pastura/foder yang dianggap sesuai untuk diamalkan bagi memudahkan pengurusan:-

Pastura/foder Jangkaan masa rehat (minggu)
RumputNapier 5 - 6
Rumput Para 3 - 4
Rumput Kuda/Guinea 4 - 5
Rumput Signal 4 - 5
Rumput Setaria 4 - 5

Pelan Kandang Kambing

Salam sejahtera semua.

* sekiranya anda ingin membuat tempahan kambing daripada kami sila e-mailkan tempahan anda ke sdigroup@yahoo.com. Hantarkan nama , nombor telefon dan jenis kambing yang anda perlukan. Terima kasih.


Pembinaan Kandang

Adalah di cadangkan bagi penternakan kambing secara komersil, di bina kandang kambing yang berukuran 100 kaki x 40 kaki dengan ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki daripada paras tanah yang dapat menampung bilangan kambing dalam lingkungan 250 ekor dan bagi kandang penternakan biasa adalah bergantung dengan jumlah bilangan ternakan yang kecil.

Luas sesuai untuk kambing Jamnapari adalah 1.5m² bagi seekor. Sebagai contoh, dalam pemeliharaan 10 ekor kambing, ianya memerlukan kawasan kandang seluas 15m². Kawasan kandang juga boleh disekat-sekat bagi memisahkan kambing jantan dengan kawanan kambing betina, dan kambing yang sihat dengan kambing yang sakit atau bunting. Ini lebih memudahkan pengurusan ternakan dan pengawasan yang di jalankan.

Pelan pembinaan kandang ( 40'x 100' )