Kacang Sira Marvellous

Selamat Ulang Tahun SDI AGro Farm Industries

Selamat Ulang Tahun Yg ke-4 buat semua pengurusan SDI Agro Farm & Industries.. Semoga tahun ini mendapat lebih sinar dan lebih kejayaan yang akan diperolehi...

Karektor Kambing

Karektor Kambing

Kambing mempunyai karektor seperti berikut;

1. Tegas.
2. Berpendirian.
3. Matang.
4. Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.
5. Memahami arahan.
6. Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.
7. Tinggi EQ (emotional quotient).
8. Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.
9. Tersenyum.

Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.

Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insyaAllah memelihara kambing amatlah menyeronokkan.

Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.

Kelebihan Susu Kambing

Kelebihan Susu Kambing:

Paling hampir dengan susu ibu(minuman terbaik di dunia selepas susu ibu).
Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah).
Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila...).
Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu.
Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat.
Kambing betina beranak 2 kali setahun,1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor.
Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari.
Susu kambing lebih mudah dihadam. Hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam.


Kajian Susu Kambing:

Kajian yang dilakukan mendapati susu kambing dapat membantu merawat dan mencegah penyakit-penyakit seperti:-

Demam Kuning (Jaundice)
Gastrik
Migrain
Masalah darah tinggi
Masalah penyakit kulit
Insomnia (sukar tidur)
Senggugut
Lelah (asma)
Buah pinggang
Lemah Tulang (Osteoporosis)
Ekzema
Hepatitis A
Ulcer Perut
Pucat (Anaemia)
Penyakit Batuk Kering
Pemulihan selepas pembedahan
Alah kepada susu lembu
Perawatan kulit
Memulihkan tenaga batin
Membantu pembinaan darah dan tisu
Membantu pembentukan tulang dan gigi
Memberi tenaga Ibu mengandung/menyusu anak
Tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak
Menambahkan selera makan kanak-kanak
Sakit lemah jantung di peringkat awal
Penyakit berkaitan jantung, limpa & hati
Sakit sendi dan buah pinggang
Menguatkan sistem imunisasi paru-paru
Bersifat anti-arthritis (inflamasi sendi)
Menyeimbangkan kandungan gula dalam darah
Meningkatkan daya ingatan, kepekaan & penumpuan diri